بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan dari bahasa Arab:
"Orang Malaysia, terutama nya akhwat memang cantik"
- Pemandu teksi
Pernahkah kau terfikir bagaimana pemandu teksi melihat diri kau? |
"Tolong ajarkan aku, macamana nak cakap 'Kau sungguh cantik' dalam bahasa Malaysia?"
- Penjual roti di Ibrahimiyyah
Pernahkah kau terfikir bagaimana penjual roti ini memandang diri kau ? |
"Wanita Malaysia mudah untuk didekati tak?"
- Seorang pelajar Arab di Kuliyyah Tibb
Hinggakan ada suatu ketika, seorang pelajar (ikhwah) Malaysia berada di Ibrahimiyyah menceritakan;
Dia sedang bersembang dengan rakannya yang berwarganegara Mesir,
Tiba-tiba ada seorang pelajar (akhawat) Malaysia yang melintasi di hadapan mereka,
"Mata kawan Arab aku tu, tak berkelip, dia tenung je akhawat tu atas bawah, sampai la dia hilang dari pandangan"
- Izzat (bukan nama sebenar)
Bolehkah kau bayangkan sekiranya kau berjalan bersendirian di malam hari,
Melintasi sekumpulan remaja yang sibuk menghisap shisha,
Mahupun warga tua yang sedang seronok menikmati syai,
Bolehkah kau bayangkan bagaimana mereka akan memandang diri kau?
Pernahkan kau terfikir bagaimana mereka memandang diri kau? |
Bolehkah pula kau bayangkan sekiranya mereka mengikuti kau pulang ke rumah secara senyap-senyap?
Ataupun mereka meragut barang-barang kau yang berharga ?
Jadi para wanita sekalian; ingin saya ingatkan sekali lagi,
Janganlah terlalu sombong untuk meminta pertolongan musyrif.
Kalian tidak pernah akan menjadi beban buat kami, para musyrif.
Bahkan kami akan sentiasa bersenang hati untuk membantu kalian,
Kerana kami yakin dan pasti dengan janji Allah yang akan membalas akan setiap kebajikan yang kami lakukan.
Sebelum saya akhiri surat ini, terimalah;
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
nota: Diadaptasi dari kisah benar yang berlaku di Iskandariah
والله أعلم
No comments:
Post a Comment